Wednesday, October 14, 2009

Matlamat?

Bismilllahirrahmanirahim....

Alhamdulilah di saat masa lapang ini,saya diberikan kekuatan oleh yang maha esa untuk setidak-tidaknya menggunakan masa yang ada untuk berfikir dan merenung kebesarannya dalam erti kata lain meningkatkan setidak-tidaknya sedikit rasa taqwa kepada rabb jalil.

Tidak dinafikan,kehidupan sebagai seorang yang dididik memang tak lari dari rasa pening,bosan,ngantuk,menyampah dan penat dalam menu
ntut secebis ilmu illahi yang dicampakkan kepada seorang pendidik.maka semua perasaan tersebut kadang kala terlekat pada diri ini kerana kurangnya ilmu dalam memikirkan yang mana baik dan mana buruk.

Permulaannya ingin saya katakan disini bahawa saya bukanlah tokoh hebat untuk berbicara tentang satu- satu masalah apa lagi untuk mengeluarkan hukum yang saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya.nak bercerita tentang ilmu tarbiyyah(pendidikan),rasa kerdil diri ini.anggaplah saya ini seorang mahasiswa yang diibaratkan seperti basikal mahal yang sudah lama tinggal di kedai dan baru2 ini sahaja dapat dijual kepada pelanggan untuk dibawa bersiar-siar diwaktu pagi.

Tapi pada firasat saya,perbincangan,luahan pendapat dan sedikit perkongsian itu amatlah baik untuk kemaslahatan bersama.kerana salah satu tugas kita adalah menyampaikan atau
mengajak kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

^^^^^
Pada 5 hari bulan yang lepas bermulalah cuti saya secara rasmi sebagai seorang penuntut di sebuah pusat asasi di tanah air.Pada waktu itu berlakulah sedikit khilaf samaada perlu pulang awal ke kampung halaman(bukanlah kampung sangat) atau tinggal sebentar untuk memanfaatkan cuti disana.akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal sementara kerana ada urusan yang belum selesai.

Sewaktu tinggal di kediaman belajar,dengan kesunyian yang agak menyeramkan kerana sebilangan rakan sebilik sudah mulai pulang.saya mengambil keputusan untuk duduk sejenak diatas meja usang berla
pikkan kerusi keras dan cuba merancang sebaiknya cuti pada kali ini.Dengan harapan cuti ini tidak dipersia-siakan seperti sejarah2 dahulu kerana melihat masalah yang ada pada diri,setiap orang saya percaya mampu menilai bagaimana keadaan diri dia sendiri pada sesuatu keadaan samaada iman dia mampu menolak dirinya kearah yang lebih baik atau sebaliknya.Oleh itu saya merasakan sesuatu harus dilakukan sebelum masalah yang lebih besar datang menimpa.

Rancang punya rancang,alhamdulilah akhirnya telah berjaya membuat beberapa perancangan untuk cuti ini.Antara misi cuti ini adalah bagi menghabiskan beberapa buah kitab yang saya rasa perlu untuk menghadapi suasana yang cukup mencabar di IPT dan menampung balik kehilangan biah(suasana) yang sewaktu masa dulu ada dialam persekolahan.


Alangkah sedihnya saya apabila pulang dan tinggal beberapa minggu disini,saya mulai sedar bahawa susahnya menglangsaikan misi ini kerana sewaktu perancangan dibuat saya tidak mengfokuskan kepada topik apa yang ingin didalami secara terperinci dan tempoh masa untuk melunaskannya.Jadi,mungkin perancangan ini bertukar menjadi seperti debu yang berterbangan ditiup angin sepoi- sepoi bahasa atau menjadi realiti yang saya impi-impikan selama ini.besarlah harapan saya terhadap misi ini....

Apa yang cuba saya nyatakan disini bahawa matlamat haruslah jelas walau sebesar dan sekecil mana apa yang kita rancangkan kerana ia sangat memberi kesan kepada hasil yang ingin dicapai dari perancangan tersebut.Bila mana sesuatu itu tidak jelas,mulalah berlakunya rasa berlengah-lengah,rasa tak yakin dan berputus-asa.Begitu jugalah dengan membuat pilihan,mungkin benda ini nampak remeh tetapi ia sangat bererti apabila kita sedar bahawa kita telah tersalah membuat pilihan.




Dari sirah kita boleh melihat beberapa sahabat yang jelas dan yakin akan matlamatnya menyebabkan dia rasa teruja dan bersemangat untuk menyelesaikan matlamatnya tanpa rasa bertangguh atau cuba mengelak.salah seorang sahabat yang ingin saya nyatakan untuk diambil iktibar bersama ialah Umayr bin Hamam,bilamana Rasulullah melaungkan panggilan jihad dia antara yang paling bersemangat dalam menyahut seruan terbabit.

Apabila tiba masa untuk berperang,seperti kebiasaanya rasululah akan memberikan kata2 semangat kepada semua pejuang agar dapat melonjak diri mereka bagi menyekat kemaraan tentera musuh,kata2nya berbunyi:

'qumu, ilal jannati ardhuha samaa' waati wal ardha'
(bangkitlah menuju ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi)

umayr pun menjawab:

'bah bah' atau 'bahikt bahikt'

rasulullah balas:

'ma yahmiluka ala qaulika bah bah'
(apa yang membuatkan engkau berkata bah bah ni)

umayr berkata:

'ahlu an aquna min ahliha'

(aku harap aku boleh jadi ahli syurga)

Rasulullah pun memberikan jaminan:

'faanta min ahliha'

(sesungguhnya kau adalah salah seorang dari ahli syurga)

Kegembiraan umayr tak dapat digambarkan,sebelum dia pergi berperang dia keluarkan beberapa biji tamar untuk dimakan sebagai bekalan.Jadi ada satu ayat yang keluar dari mulutnya yang saya rasa sangat hebat untuk dijadikan renungan,ayatnya berbunyi:

'inni la hayaitu liannha an aqula hazihish tamara lainna haza hayatu thawilah'
(kalaulah aku makan lagi tamar ini,sesungguhnya ia merupakan satu kehidupan yang sangat panjang)

Hebat tak hebat sahabat ni,inilah orang yang jelas akan matlamatnya.Makan beberapa biji tamar yang makan masa hanya 1 hingga 2 minit pun terasa lama baginya.Bila dia kata ini merupakan satu kehidupan yang panjang,dia terus tinggalkan tamar tersebut dan maju ke medan jihad sehinggalah dia menemui cita-citanya iaitu mati syahid.

Ini contoh sahabat yang jelas akan matlamatnya,rasa musaraah(segera) dan tak bertangguh pada sesuatu benda yang berkaitan dengan matlamatnya.Banyak lagi contoh lain para sahabat yang juga jelas akan matlamatnya seperti Anas bin Nadhar,pak cik kepada Anas bin Malik yang merupakan seorang yang sangat hebat tetapi mungkin akan diceritakan dilain hari insyallah atau dikaji pada sirah nabi seprti rohib mahtum.

Besarlah harapan saya agar saudara-saudara sekalian faham dan jelas benar akan matlamat masing2 supaya kita tidak mudah dipesongkan dan merasa menyesal di hari kemudian.Matlamat yang jelas akan membawa kita kepada benda yang lebih besar dari apa yang kita hajati dan mungkin juga membuahkan sesuatu yang baru yang lebih terkesan kepada hati kita.

Waallahu 'alam

*moga mendapat manafaat dari penulisan ini
*maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan salah ejaan rumi arab,kalau ada blh diinform.

P/s:doakan matlamat cuti ini tercapai dan mohon disedekahkan al-fatihah kepada pak cik saya yang ke rahmatullah pg td.post kemudian Insyaallah.

0 comments: