Sunday, August 23, 2009

Kisah adik-beradik

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkhelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesame sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.


Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.


Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut."Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.


Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain."Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang,adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua,dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat."Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."Selamatkan adik kami yang kelemasan."


Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa.


Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi.Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.


catatan :

adik perempuan itu bernama Palestin.

adik lelaki itu pula bernama iraq

abang-abang itu negara Arab yang kaya raya

adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

adik2 yang berdarah muda itu adalah gerakan2 islam

Mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC.

bapa yang mati pula adalah khalifah.


Sungguh kejam umat islam hari ini kerana nasib yang menimpa sanak-saudaran mereka pun tidak dihiraukan kerana ingin menjaga kepentingan diri sendiri.masyarakat lain dipandang hina dan disisihkan kerana dianggap menyusahkan dan memalukan.semoga kisah ini menyedarkan kita bahawa amatlah besat tanggungjawab kita untuk membebaskan bumi palestin dan yang seangkatannya dr manusia bertopengkan syaitan.


antara pertolongan yang boleh diberikan:


  • memantapkan kefaham islam dlm diri agar x mudah dipesongkan.

  • berdoakan kpd allah agar dibantu saudara2 kita disana.

  • memboikot/mengurangkan pembelian barangan israel dan sekutunya.

  • berikan kefahaman yang jelas tentang masalah ini kepada org disekeliling kita.

KISAH

Pada 15 ogos yg lepas,diri ini bersama yang beberapa teman2 yang lain telah menghadiri sebuah Seminar yang telah menggegarkan kawasan nilai dengan panel2 yang ditampilkan.Tujuan asal program ini diadakan adalah sebagai persediaan kita bagi menghadapi bulan ramadhan kareem.seminar yang bertempat di Dewan Masjid Putra Nilai ini telah dihadiri lebih kurang 70 orang kaum adam dan hawa.dikirakan program ini berjaya juga menarik hati2 mahasiswa dan mahasiswi dr sekitar N9.Panel yang dimaksudkan ialah Ustaz Sobri Awang dr Port Dickson dan Ustaz Halim Abdullah dr Seremban.

Ustaz Sobri menyampaikan tajuk fiqh ramadhan,yang menceritakan secara menyeluruh tentang pensyariatan puasa dan peringkat2 nya.

Sesi petang pula disambung oleh Ustaz Halim yang menyampaikan tajuk Sejarah Islam Dan Prinsip Kita.banyak sungguh ilmu baru yang dapat diperoleh dari orang lama atas jalan ini.semoga ilmu ini bermanfaat untuk kami yang mendengar dan mereka yang menyampaikan dan anda yang mengetahui.

program diakhiri dengan sesi bersalam-salaman bersama peserta yg hadir dan penceramah.akhir sekali tibalah sesi yang paling best,MAKAN.hehe.Disini ada dimuatkan beberapa gambar untuk tatapan anda sebagai penghibur hati dan penawar duka.

pengerusi majlis yg mula berbicara (hazizi SDAR)
sesi penyampaian hadiah kpd ust halim

org kuat yg menjayakan prog (abg yasser n firdaus)
antara peserta yg hadir (eh muntaz tu ingatkan ahmad)

peneman qalbu disaat menyalin nota


Sunday, August 16, 2009

Konsert Palestina

Assalamaualaikum w.b.t


Apa khabar semua?semoga dilimpahi ALLAH dengan nikmat kesihatan ditengah masyarakat dunia diujinya dengan musibah dan kesengsaraan penyakit H1N1.Statistik menunjukkan lebih 50 kematian dicatatkan dibumu Malaysia setakat ini.Semoga kalian berhati2 dan berwaspada dalam menempuh hari2 mendatang,sentiasa panjatkan doa kepada ILLAHI moga dipelihara dari segala bentuk ancaman ini.

Setelah sekian lama blog ini menyepi,terasa pula dilubuk hati untuk memaparkan beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan untuk kenangan dimasa akan datang.kehidupan bergelar mahasiswa sentiasa dilambakkan denga pelbagai program dari bentuk tarbiyyah ruhiyah hingga ke akademik.

Diantara yang sempat diikuti adalah pd 1 ogos yg lepas,telah diadakan 'Malam Aspirasi Seni 2009:Bersamamu Palestin'.konsert ini diadakan di Pusat Dakwah Islamiah,Paroi, Negeri Sembilan.


suasana sebelum program kemuncak

Pusat Dakwah Islamiah (cantik gak)

persembahan dr sebuah sek di N9(ingat2 lupa)





Pameran diluar dewan(fokus habis wan)

dimeriahkan dgn kedatangan IPT dan sek2 sekitar N9.
(khubait bersama rakan2nya)

suasana dlm dewan,pidato dr mejar.

org kuat PA system (pakai selendang palestin tu)

suasana luar dewan (sampai keluar pengunjur,ramainya)

Konsert ini juga dimeriahkan dengan undangan artis nasyid tanah air,Muadz.yg mempersembahkan 8 buah lagu.juga beberapa persembahan lain.Ustaz Zainur Rashid juga telah melancarkan buku terbarunya yang bertajuk "Palestin Dijajah,dimanakah solahuddinnya?"dengan harga promosi.
Sesungguhnya perjuangan saudara kita di bumi al-quds takkan pernah dilupakan walaupun sejenak.inilah antara sumbangan yang blh dilakukan bg membantu usaha mereka.kutipan derma juga telah dijalankan bg disalurkan ke bumi palestin.Kejutan telah berlaku apabila pelajar australia telah menyampaikan cek berjumlah RM 60 ribu (kalau x silap) hasil kutipan sewaktu diadakan program disana.
Semoga usaha semua pihak dalam menjayakan program ini dibalasi dan diganjari oleh allah.Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan sebagai medium usaha kita membantu sahabat kita disana.Amin

Pengakhiran Dunia

Satu Penerbangan."


Bila kita akan berangkat dari alam ini,ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara.
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan,tetapi melalui Al-Quran & Al-Hadith..
Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah..
Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat atau atas kesudian Pencipta kita..
Dimana bajunya bukan Pierr Cardin atau setaraf dengannya tetapi Kain Putih Cotton..
Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone tetapi air mawar dan cendana..
Dimana passport kita bukan Malaysia,British, atau American tetapi Al-Islam..Dimana visa kita bukan lagi 6 bulan tetapi ‘Lailahaillallah..'
Dimana pelayannya bukan lagi gadis yang cantik jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..
Dimana destinasi mendarat bukan lagi KLIA, Los Angeles International Airport, Heatrow Air Port atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan..
Dimana ruang menungggunya bukan lagi bilik air-cond tetapi bilik 6 kaki dalam gelita..
Dimana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nakir mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang kita idamkan..
Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan..Dimana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahanam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan.
Penerbanagn ini tidak akan dirampas (hijacked) oleh mana2 pihak termasuk somalia,jadi anda tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan..
Jangan risaukan 'delays', penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya,takkan cepat sesaat dan takkan lambat sesaat.
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, kerana anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan kerana ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..
Ya!!! Berita baik!!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh.
Dan sekiranya anda boleh,hanya ingat!!
Penerbangan ini datang tanpa amaran dan pengumuman.
Cuma perlu ingat!
Nama anda telah di tempah untuk penerbangan itu..


ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT.....??!!!