Sunday, August 16, 2009

Konsert Palestina

Assalamaualaikum w.b.t


Apa khabar semua?semoga dilimpahi ALLAH dengan nikmat kesihatan ditengah masyarakat dunia diujinya dengan musibah dan kesengsaraan penyakit H1N1.Statistik menunjukkan lebih 50 kematian dicatatkan dibumu Malaysia setakat ini.Semoga kalian berhati2 dan berwaspada dalam menempuh hari2 mendatang,sentiasa panjatkan doa kepada ILLAHI moga dipelihara dari segala bentuk ancaman ini.

Setelah sekian lama blog ini menyepi,terasa pula dilubuk hati untuk memaparkan beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan untuk kenangan dimasa akan datang.kehidupan bergelar mahasiswa sentiasa dilambakkan denga pelbagai program dari bentuk tarbiyyah ruhiyah hingga ke akademik.

Diantara yang sempat diikuti adalah pd 1 ogos yg lepas,telah diadakan 'Malam Aspirasi Seni 2009:Bersamamu Palestin'.konsert ini diadakan di Pusat Dakwah Islamiah,Paroi, Negeri Sembilan.


suasana sebelum program kemuncak

Pusat Dakwah Islamiah (cantik gak)

persembahan dr sebuah sek di N9(ingat2 lupa)





Pameran diluar dewan(fokus habis wan)

dimeriahkan dgn kedatangan IPT dan sek2 sekitar N9.
(khubait bersama rakan2nya)

suasana dlm dewan,pidato dr mejar.

org kuat PA system (pakai selendang palestin tu)

suasana luar dewan (sampai keluar pengunjur,ramainya)

Konsert ini juga dimeriahkan dengan undangan artis nasyid tanah air,Muadz.yg mempersembahkan 8 buah lagu.juga beberapa persembahan lain.Ustaz Zainur Rashid juga telah melancarkan buku terbarunya yang bertajuk "Palestin Dijajah,dimanakah solahuddinnya?"dengan harga promosi.
Sesungguhnya perjuangan saudara kita di bumi al-quds takkan pernah dilupakan walaupun sejenak.inilah antara sumbangan yang blh dilakukan bg membantu usaha mereka.kutipan derma juga telah dijalankan bg disalurkan ke bumi palestin.Kejutan telah berlaku apabila pelajar australia telah menyampaikan cek berjumlah RM 60 ribu (kalau x silap) hasil kutipan sewaktu diadakan program disana.
Semoga usaha semua pihak dalam menjayakan program ini dibalasi dan diganjari oleh allah.Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan sebagai medium usaha kita membantu sahabat kita disana.Amin

0 comments: