Sunday, August 23, 2009

KISAH

Pada 15 ogos yg lepas,diri ini bersama yang beberapa teman2 yang lain telah menghadiri sebuah Seminar yang telah menggegarkan kawasan nilai dengan panel2 yang ditampilkan.Tujuan asal program ini diadakan adalah sebagai persediaan kita bagi menghadapi bulan ramadhan kareem.seminar yang bertempat di Dewan Masjid Putra Nilai ini telah dihadiri lebih kurang 70 orang kaum adam dan hawa.dikirakan program ini berjaya juga menarik hati2 mahasiswa dan mahasiswi dr sekitar N9.Panel yang dimaksudkan ialah Ustaz Sobri Awang dr Port Dickson dan Ustaz Halim Abdullah dr Seremban.

Ustaz Sobri menyampaikan tajuk fiqh ramadhan,yang menceritakan secara menyeluruh tentang pensyariatan puasa dan peringkat2 nya.

Sesi petang pula disambung oleh Ustaz Halim yang menyampaikan tajuk Sejarah Islam Dan Prinsip Kita.banyak sungguh ilmu baru yang dapat diperoleh dari orang lama atas jalan ini.semoga ilmu ini bermanfaat untuk kami yang mendengar dan mereka yang menyampaikan dan anda yang mengetahui.

program diakhiri dengan sesi bersalam-salaman bersama peserta yg hadir dan penceramah.akhir sekali tibalah sesi yang paling best,MAKAN.hehe.Disini ada dimuatkan beberapa gambar untuk tatapan anda sebagai penghibur hati dan penawar duka.

pengerusi majlis yg mula berbicara (hazizi SDAR)
sesi penyampaian hadiah kpd ust halim

org kuat yg menjayakan prog (abg yasser n firdaus)
antara peserta yg hadir (eh muntaz tu ingatkan ahmad)

peneman qalbu disaat menyalin nota


0 comments: